Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Air Tuak(Nira) -Gerai Pantai Tok Bali

Imej
Sekali sekala melepak dgn pak mertua. Apa lagi...... Layan air tuak la sambil2 nyedup bayu laut. Kali pertama minum,  lain macam rasa.... Hahahhaa Tapi........ Kalau ada peluang nak cuba sekali lagi Air tuak......... Layan woooooooo😀😀😀😀

Tok Bali- Pengkalan ikan

Imej
Mai tgk kapal nelayan laut dalam mendarat ikan. Peraih ikan pun ramai dah menunggu utk urusan jual beli. Ikan ikan segar kat sini. Mai singgah mai singgah

HomeMade Cup Cake Happy Birthday

Imej
10 April 2016 genap lah 10tahun umur anak sulung ku Muhamad Hafiz Idham. Meraikan dalam suasana yg sederhana je bersama adik-adik. Terima Kasih isteriku krn bersusah payah sampai lewat malam semata-mata nak siap kan kek ni bagi 'suprise' utk abg Long. Love u sayangku isna zarith💗💗💗💗

TOURNEMENT BOLING KAGUM MALAYSIA

Imej
Hari ini 27 Mac 2016, ambo sebagai anak jati Gua Musang di perantauan berkumpul temu mata dalam satu kejohanan boling tertutup anjuran Kelab Anak-Anak Gua Musang(KAGUM) bertempat di QBowl Warta, Bangi Selangor. Kejohanan kali ini bagi merebut Piala YB Aziz Adun Galas yg merangkap sponsor kejohanan ni. Team ambo KAGUM A mendapat tempat ke-3 dgn jatuhan pin sebanyak 1859. JUARA jatuh kepada team KAGUM C manakala Naib Juara ialah Team Bukit Cekati. Menang kalah bukan perkara pokok kerana ia lebih kepada penyatuan ukhuwah merapatkan lagi hubungan sesama anak anak Gua Musang di  perantauan. Selepas tamat kejohanan YB Aziz menjemput peserta kejohanan utk menjamu selera di Kedai Nasi Kukus pandan ayam berempah Seksyen  9, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah........ Syukur. Jutaan Terima Kasih YB Aziz Adun Galas dari kami anak-anak Gua Musang di perantauan.

LOKCING @ SATAY IKAN

Imej
Kting🔔Kting🔔Kting🔔Kting🔔 ODER ODER ODER Orang kelantan memanggil nya dengan nama LOKCING Orang bandar memanggil nya SATAY IKAN tak kesah lah apa pun panggilan nya Ia nya benda yang sama Makanan ni glamour di Pantai Timur Kini ia nya telah menerjah keluar ke kawasan bandar pula. Bagi mereka yang belum pernah merasa. Amat lah rugi jika tidak mencuba. Sedap sangat sangat. Bagi yang pernah merasa nya Pasti rindu ingin mencuba berkali kali lagi. Nahhhhhhhh...... Oder di buka sekarang! Harga pasaran semasa 50cucuk RM15.00 sahaja beserta Sos Manis & Pedas. Boleh menghubungi pengedar Shah Alam di talian 013-3002572(Markyus)

CHAR KUEW TIAW KETAM/UDANG GALAH

Imej
Ni dia kedai Char Kuew tiaw yang sedap pernah ambo kunjungi. Nama kedai ni Char kuew Tiaw 696 yang terletak di seksyen 19, Shah Alam. Bukan setakat CKT je yang di jual. Lain-lain menu pun ada. Semua nya sedap Mengikut kain rentang yang di gantung depan kedai tu tertulis "CHEF MERCY". Memang patut la sedap pun. Kegemaran ambo kalau datang kedai ni adalah CHAR KUEW TIAW KETAM. mantappppp wooooooo....... Datang la rasa. Confirm puas hati Rate rasa: ⭐⭐⭐⭐

KOLAM AIR PANAS DI MACHANG

SELAMAT DATANG KE NEGERI KELANTAN Negeri cantik banyak tempat-tempat menarik. Ni ambo nak cerita satu tempat yang menarik untuk anda singgah jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang/Kuala Krai. KOLAM AIR PANAS TOK BOK...... terletak dalam daerah MACHANG. jika anda melalui jalan Kuala Krai-Machang-Kota Bharu Pasti anda akan nampak papan tanda menunjuk kan arah ke Kolam Air Panas. Hanya 3km dari simpang jalan besar untuk menuju ke tempat ni. Boleh la berehat seketika untuk merendam kaki hilangkan lenguh sendi setelah penat memandu dengan jarak yang jauh. Tempat nya bersih kerana ia di bawah kelolaan pihak Majlis Daerah Machang.

AIR TERJUN LATA REK : LakLoh,Kuala Krai

Imej
Teringat zaman sekolah teringat zaman mat motor Lokasi ni cukup popular dan sering menjadi trip-trip konvoi hujung minggu. Lama dah tak ke sini selepas berstatus perantau ni. Kini singgah kembali untuk tunjuk kan pada wife air terjun Lata Rek. Ternyata........telah banyak yang berubah. Tidak lagi seindah dulu Pengujung pun tak seramai dulu.

RESTOREN ALA THAI: Menu Dagin Rusa

Imej
Wahhhhhhhhh......kat restoren ni ada menu dagin rusa goreng kunyit Menu fovurite saya ni. Kepada yang berada di Bandar Gua Musang Mai.........singgah sini Cuba menu menarik nya Nama kedai RESTOREN DALAM TASIK GUA MUSANG. Menu Western pun ada. Yg menariknya Makan bersila ala jepun Perghhhhhh..........mantap bak hang.

PERAP AYAM- resepi olahan IZMY

Imej
Bahan-Bahan Ayam potong 16ketul Bawang Putih Jintan Manis Jintan Putih Serbuk ketumbar Serbuk Kunyit Serai Gula Garam Ajinomoto

SANTAI MALAM MINGGU

Imej
Lepak malam minggu bersama Family sambil melayan anak- anak beriadah. Bentang tikar lepak bawah lampu. Nak lagi best..... bawa la makanan.....hahahahahaa!! Lepak 3 4 jam pun tak terasa, Orang pun ramai kat sini. Orang meniaga lagi le ramai......macam-macam ada!! Kalau anak-anak jenis hardcore pada mainan Memang sakit kepala la mak bapak......pastikan bawa bajet lebih ya$$$$ #DataranKemerdekaanShahAlam