TOURNEMENT BOLING KAGUM MALAYSIA

Hari ini 27 Mac 2016, ambo sebagai anak jati Gua Musang di perantauan berkumpul temu mata dalam satu kejohanan boling tertutup anjuran Kelab Anak-Anak Gua Musang(KAGUM) bertempat di QBowl Warta, Bangi Selangor. Kejohanan kali ini bagi merebut Piala YB Aziz Adun Galas yg merangkap sponsor kejohanan ni. Team ambo KAGUM A mendapat tempat ke-3 dgn jatuhan pin sebanyak 1859. JUARA jatuh kepada team KAGUM C manakala Naib Juara ialah Team Bukit Cekati. Menang kalah bukan perkara pokok kerana ia lebih kepada penyatuan ukhuwah merapatkan lagi hubungan sesama anak anak Gua Musang di perantauan. Selepas tamat kejohanan YB Aziz menjemput peserta kejohanan utk menjamu selera di Kedai Nasi Kukus pandan ayam berempah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah........ Syukur. Jutaan Terima Kasih YB Aziz Adun Galas dari kami anak-anak Gua Musang di perantauan.