Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Curasco by Chef zubir

Imej
Di shah alam ni ada sebuah restoren yang di miliki oleh chef terkenal malaysia. Siapa tidak kenal dengan Chef zubir yang selalu menjadi juri dalam program masakan. Restoren nya bernama Vista Braserrie yang terletak di sekayen 14, Shah Alam. Dalam bangunan Vista Alam depan Hospital DEMC. Curasco ni di sediakan hanya 3 hari seminggu iaitu pada hari JUMAAT, SABTU & AHAD. Di pakej kan dalam set buffet. Bayaran Rm70++ untuk dewasa dan anda boleh menikmati buffet yang telah di sediakan. Manakala hidangan istimewa terus ke meja adalah yang paling menarik. Anda akan di layan hidangan ni sampaikan anda kata "STOP".........hahahhaaa menarik kan. Datang lah cuba..... Pasti puas hati.

Final Champion League 2017

Real madrid menjadi pilihan. C.  Ronaldo angkat piala pagi ni. Live show at home

Buffet Ramadhan 2017

Imej
Iftar hari ke-7 Ramadhan Kami memilih menu buffet Ramadhan di IDCC Shah Alam. Melihat pada iklan yang kami cari di laman google. Banyak tempat yang menyediakan menu buffet ni baik dari Hotel, resort mahu pun Restoren. Kami mencari buffet yang harga sederhana saja. Kira harga mampu bayar. Dengan tawaran harga RM50 seorang untuk dewasa maka kami memilih IDCC berdasarkan menu yang di iklan kan serta tempat yang berhawa dingin. Pukul 6.30ptg kami sampai sana dan terus ke tingkat 6. Sampai sana suasana agak meriah dengan alunan live show lagu raya serta celoteh dari penghibur yang bertugas membuatkan suasana nampak ceria. Tidak la boring sangat sementara nak tunggu waktu berbuka. Tempat makan nya dalam dewan di hias indah di tambah dengan menu yang pelbagai sememang nya menarik selera kami yang kali pertama ingin mencuba. Belum makan rasa dah puas hati dengan harga yang di bayar. Memang berbaloi baloi lah. Lepas azan je tunggu apa lagi......... Kasi bedal lah!!!! ...