Buffet Ramadhan 2017

Iftar hari ke-7 Ramadhan
Kami memilih menu buffet Ramadhan di IDCC Shah Alam.
Melihat pada iklan yang kami cari di laman google.
Banyak tempat yang menyediakan menu buffet ni baik dari Hotel, resort mahu pun Restoren. Kami mencari buffet yang harga sederhana saja. Kira harga mampu bayar.
Dengan tawaran harga RM50 seorang untuk dewasa maka kami memilih IDCC berdasarkan menu yang di iklan kan serta tempat yang berhawa dingin.
Pukul 6.30ptg kami sampai sana dan terus ke tingkat 6.
Sampai sana suasana agak meriah dengan alunan live show lagu raya serta celoteh dari penghibur yang bertugas membuatkan suasana nampak ceria.
Tidak la boring sangat sementara nak tunggu waktu berbuka.
Tempat makan nya dalam dewan di hias indah di tambah dengan menu yang pelbagai sememang nya menarik selera kami yang kali pertama ingin mencuba.
Belum makan rasa dah puas hati dengan harga yang di bayar.
Memang berbaloi baloi lah.
Lepas azan je tunggu apa lagi......... Kasi bedal lah!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BOWLING SHAH ALAM

AIR TERJUN LATA REK : LakLoh,Kuala Krai

PUTRA VALLEY Swimming Pool